Tuesday, June 7, 2016

KEMANA HALA TUJU SEORANG ANAK BANGSA MELAYU SELEPAS SEKOLAH

Aku, Muhammad Burhanudin 

Universiti adalah satu pilihan dan bukannya kewajipan. Selepas tamat sekolah, tidak bermaksud kita semua perlu meneruskan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi. Ini adalah satu doktrin yang sangat membebankan ramai orang.


Aku dan anak bangsa aku juga hanya perlu masuk ke universiti sekiranya mahu menjadi ahli akademik seperti pensyarah, sainstis dan profesor atau mungkin golongan profesional seperti doktor, akauntan, arkitek atau jurutera.

Aku fikir jika anak bangsa aku ingin menceburi bidang yang tidak memerlukan sijil seperti penerbitan, penerbangan dan hartanah dan sudah pula mendapat keizinan ibu bapa, maka mengapa perlu masuk ke universiti? Jika anda sudah bernekad menjadi usahawan atau ahli perniagaan, mengapa tidak terus mulakan 'start-up' selepas tamat sekolah ?( pesanan untuk sendiri juga kerana memandang universiti sebagai satu perjalanan yang pasti walaupun pada hakikatnya ...)

Masuk universiti hanya jika anda yakin yang anda perlu masuk. Jangan ikut-ikut kawan, jangan ikut doktrin yang tertanam dalam masyarakat kita ini.( masyarakat akan selalu memandang universiti sebagai satu kepastian kepada masa depan yang cerah walaupun ramai yang aku lihat terseksa selepas keluar dari universiti terutama mereka yang meminjam wang untuk menyambung pelajaran).



Pada era internet ini, aku percaya ilmu berada di mana-mana, bukan hanya terkepung dalam universiti. Ada banyak kursus pendek, seminar, dan ceramah boleh diikuti. Kolej Komuniti turut menawarkan kursus-kursus praktikal pada harga yang rendah. Ilmu yang boleh dipelajari dalam majlis-majlis ilmu sebegitu kadangkala lebih terkehadapan dan segar. 

Jika anda bertekad untuk menuntut di universiti, elakkan membuat pinjaman pendidikan. Jangan terjebak dalam hutang, tambah lagi yang ada riba. Sungguh ini merupakan peringatan yang sangat penting. Fikir keberkatan itu.

Ada beberapa cara untuk mengelakkan bebanan hutang, iaitu:
1. Buat apa yang termampu untuk mendapatkan biasiswa.
2. Bekerja dahulu untuk kumpul wang. Selepas wang mencukupi, barulah menyambung pengajian. 



Jika anda memilih untuk masuk ke universiti, dan berniat untuk mendapatkan diploma atau ijazah (saya kira sudah terlampau ramai pemegang ijazah di luar sana, saya tidak menipu dan anda akan menyaksikan sendiri lambakan siswa dan siswi yang menganggur). PASTIKAN anda membina jaringan dan mengasah soft skill ( dari segi personaliti, komunikasi, pengurusan, kepimpinan dan sebagainya). Sebabnya dalam hidup, jaringan dan soft skill lebih banyak membantu kita berbanding skrol. Ya, soft skill lebih membantu anda kelak berbanding skroll itu.

========================================================================
PERCAYA atau TIDAK,
========================================================================

Kelak anda akan hadam kenyataan ini,

Hadapinya sendiri anak bangsaku.

Sedikit coretan berdasarkan artikel Nazry Salam, penerima Anugerah Sime Darby tahun 2002 dan juga seorang sahabat. 

Sunday, June 5, 2016

Diri Seorang Muhammad Burhanudin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Saya ingin bercerita sedikit tentang diri saya ya, bak kata pepatah, kalau tak kenal maka tak c****a. Takkan saudara atau saudari ingin membaca kisah seseorang yang saudara tidak kenal, betul tak? 



Nama pemilik blog ini ialah Muhammad Burhanudin Helmi bin Rusli. Saya merupakan anak sulong kepada sembilan orang adik-beradik. (ramai bukan, ini yang dipanggil rezeki). Saya merupakan seorang pelajar sastera di Universiti Kebangsaan Malaysia.( sewaktu menaip ini sedang berkira-kira untuk menjadi seperti Bill Gates dan Steve Jobs untuk drop out universiti). Saya seorang yang optimis dan mempunyai semangat yang kuat untuk mengubah nasib keluarga, bangsa dan agama saya. Saya merupakan seorang rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu.( ayah saya berketurunan Jawa dan mak saya berasal dari keturunan Melayu Melaka). 

Saya merupakan seorang lelaki yang sering mempermainkan hati pelajar perempuan sewaktu menuntut di universiti. (Alhamdulillah sekarang sudah insaf dan taubat untuk tak mengulangi kesilapan sama). Mungkin perangai ini dipengaruhi oleh persekitaran di universiti yang terlalu ramai golongan wanita. ( kebiasanya dalam 1 nisbah 5, jumlah pelajar perempuan berbanding pelajar lelaki).



Saya merupakan seorang penulis yang agak baik. (pada sangkaan saya sahaja) kerana saya telah memenangi hadiah penulisan cerpen utama sewaktu di universiti. Lupa untuk saya memberitahu bahawa saya baru berumur 22 tahun. Saya fikir hidup saya tidak bermakna jika pendamkan sahaja kebolehan saya ini. Ada baiknya jika saya berkongsi dengan masyarakat dan dunia mengenai pemikiran, idea dan pembawaaan saya. Saya berharap dapat kongsikan sesuatu kepada dunia.



Mungkin saya dapat berkongsi dengan lebih banyak lagi di dalam pos-pos yang akan datang. In Shaa Allah. 

English Version

Assalamualaikum and Good Day,

I want to tell you a little about myself so, as the saying goes, if you do not know it was l **e. Brother or sister would not want to read the story of someone you do not know, right?

The blog owner's name is Muhammad Burhanudin Helmi bin Rusli. I was the eldest of nine siblings. (Many not, this so-called provision). I am a student of literature at the National University of Malaysia. (While typing this was about to be like Bill Gates and Steve Jobs to drop out of university). I am an optimist and have a strong will to change the fate of family, race and religion. I am a Malaysian Malay. (Javanese my father and my mother a descendant of Malacca).

I was a man who often mock the hearts of female students while studying at university. (Thank God now has repented and forgiven for not repeating the same mistakes). This behavior may be influenced by the environment at the university too many women. (Normally within 1 ratio of 5, the number of female students than male students).

I'm a pretty good writer. (In my opinion only) because I have won a prize in short story writing major at university. I forgot to tell that I was only 22 years old. I think my life is meaningless if I hidden only my abilities. It is better if I share with the community and the world of thoughts, ideas and my bearer. I hope to share something with the world.

Maybe I can share with many more in the posts to come. In Shaa Allah.