Tuesday, June 7, 2016

KEMANA HALA TUJU SEORANG ANAK BANGSA MELAYU SELEPAS SEKOLAH

Aku, Muhammad Burhanudin 

Universiti adalah satu pilihan dan bukannya kewajipan. Selepas tamat sekolah, tidak bermaksud kita semua perlu meneruskan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi. Ini adalah satu doktrin yang sangat membebankan ramai orang.


Aku dan anak bangsa aku juga hanya perlu masuk ke universiti sekiranya mahu menjadi ahli akademik seperti pensyarah, sainstis dan profesor atau mungkin golongan profesional seperti doktor, akauntan, arkitek atau jurutera.

Aku fikir jika anak bangsa aku ingin menceburi bidang yang tidak memerlukan sijil seperti penerbitan, penerbangan dan hartanah dan sudah pula mendapat keizinan ibu bapa, maka mengapa perlu masuk ke universiti? Jika anda sudah bernekad menjadi usahawan atau ahli perniagaan, mengapa tidak terus mulakan 'start-up' selepas tamat sekolah ?( pesanan untuk sendiri juga kerana memandang universiti sebagai satu perjalanan yang pasti walaupun pada hakikatnya ...)

Masuk universiti hanya jika anda yakin yang anda perlu masuk. Jangan ikut-ikut kawan, jangan ikut doktrin yang tertanam dalam masyarakat kita ini.( masyarakat akan selalu memandang universiti sebagai satu kepastian kepada masa depan yang cerah walaupun ramai yang aku lihat terseksa selepas keluar dari universiti terutama mereka yang meminjam wang untuk menyambung pelajaran).



Pada era internet ini, aku percaya ilmu berada di mana-mana, bukan hanya terkepung dalam universiti. Ada banyak kursus pendek, seminar, dan ceramah boleh diikuti. Kolej Komuniti turut menawarkan kursus-kursus praktikal pada harga yang rendah. Ilmu yang boleh dipelajari dalam majlis-majlis ilmu sebegitu kadangkala lebih terkehadapan dan segar. 

Jika anda bertekad untuk menuntut di universiti, elakkan membuat pinjaman pendidikan. Jangan terjebak dalam hutang, tambah lagi yang ada riba. Sungguh ini merupakan peringatan yang sangat penting. Fikir keberkatan itu.

Ada beberapa cara untuk mengelakkan bebanan hutang, iaitu:
1. Buat apa yang termampu untuk mendapatkan biasiswa.
2. Bekerja dahulu untuk kumpul wang. Selepas wang mencukupi, barulah menyambung pengajian. 



Jika anda memilih untuk masuk ke universiti, dan berniat untuk mendapatkan diploma atau ijazah (saya kira sudah terlampau ramai pemegang ijazah di luar sana, saya tidak menipu dan anda akan menyaksikan sendiri lambakan siswa dan siswi yang menganggur). PASTIKAN anda membina jaringan dan mengasah soft skill ( dari segi personaliti, komunikasi, pengurusan, kepimpinan dan sebagainya). Sebabnya dalam hidup, jaringan dan soft skill lebih banyak membantu kita berbanding skrol. Ya, soft skill lebih membantu anda kelak berbanding skroll itu.

========================================================================
PERCAYA atau TIDAK,
========================================================================

Kelak anda akan hadam kenyataan ini,

Hadapinya sendiri anak bangsaku.

Sedikit coretan berdasarkan artikel Nazry Salam, penerima Anugerah Sime Darby tahun 2002 dan juga seorang sahabat. 

No comments:

Post a Comment